Friday, July 5, 2013

It's Ur Birthday =)

Posted by ReenLysa at 1:06 AM 0 comments

Thursday, February 7, 2013

Happy birthday

Posted by ReenLysa at 11:55 PM 0 comments

Friday, January 4, 2013

First exam.

Posted by ReenLysa at 12:22 PM 0 comments

Exam around the corner. Bitaufiq wannajah!

Monday, November 26, 2012

Type Of Friends =)

Posted by ReenLysa at 10:51 PM 0 comments

sketch by - Rabia Mohamad

Friday, November 2, 2012

random post

Posted by ReenLysa at 5:57 PM 0 comments


motif? hehe..motif saja saja..

Assalamualaikum

setiap yang tertulis setiap yang terjadi setiap perkara yang kita lalui. bukan kah itu semua anugerah dari Illahi :")

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar , Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim ..... 

panjang zikir saya...bukan sebarang zikir...okay back to the topic..

Kadang2 Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan hujan dan kilat, kita tertanya tanya,, haihh manalah perginya matahari,  hmmm,, rupa rupanya Allah ada suprise utk kita,, Dia beri kita pelangi .. Allhamdulillah

kadang kadang hati tertanya tanya untuk apa tujuan manusia hidup di dunia,, dah dapat hidup pun kira satu anugerah..ya Allah tak terhitung pmberian Allah,, hidup dah satu anugerah, Allah bg lagi udara utk kita bernafas, air, makanan..pakaian, tempat tinggal, tanah yang subur, lautan , teman, pasangan, keluarga, pendidikan, kerjaya, duit, ya ALlah dan banyak lagii..tu semua kan anugerah Allah...mmgla semua tu kita usaha..tp usaha tu,, siapa yg nilai dn siapa yg makbulkn? THE only ONE..ALLAH :)...(p/s: lihat balik tujuan kita hidup untuk apa?)

tapi, manusia selalu lupa, manusia sering mengeluh, manusia sering lalai, manusia sering kecewa, manusia sering bersedihh..hmm nama pun manusia kan...kalau xda perasaan tu manusia superabnormall..hehehe..xcukup kah pmberian yg Allah kasi pada kita ni, bila dah dpt nikmat xreti nk bersyukur, bila Allah tarik balik nikmat tu, bru nak salahkan nasib..btanya "knapa aku di uji spt ni, org lain Allah xuji mcm aku pun?" syukur lah bersyukurlah.....bayangkan lah orang lain yang mungkin x senasib dgn kita...
kita senang senang masuk sekolah,kolej ,
universiti, mereka?

disleksia.....bersyukur kerana kita mampu menulis
dan mengenal huruf dgn baik
mereka ketakutan hampir stiap saat di waktu kita lena
di buai mimpi...



sedih..











mereka makan apa yang ada, kita? tepuk dada sndiri:"(



semua orang pun ALLAH uji juga, cuma yang berbezanya bentuk ujian yang diterima, semua orang ada masalah tersendiri, cuma kadang2 sesetengah orang bijak menyembunyikannya :) ini baru ujian dunia..ya Allah...

muhasabah diri ini


"Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan ,sebanyak itu lah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya... Semakin besar tekanan yang dihadapi , semakin besar nilai pahala di sisi Allah s.w.t..... " 


insyaALLAH..:")


"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan,jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya" +copyandpasteoutofnowhere+






im not an option

Posted by ReenLysa at 1:29 AM 0 comments
SAYA FAHAM KENAPA AWAK BUAT SAYA MACAM INI.

SAYA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MELAWAN SEMUA INI.

bila musim cuti, mula lahh terkenang zaman dulu dulu...haihh..apa nak jadi apa nak jadi..letting go is the best way... :")

terima hakikat, everything gonna be okay.

haihhohoo terasa hina diri ini dimata PENCIPTA...ya ALLAH..:"(




ingat tu erinnn....:) sabarlah..gatal sgt nak bercinta kenapa? jodoh tu akn dtg juga...insyaAllah :")




saranghaeyo.

Posted by ReenLysa at 1:22 AM 0 comments
................

but i cnt tell you



cry cry and cry

dear heart, sorry for letting you hurt.

let Allah be the ruler of my heart and not the dunya.

insyaAllah :")

Tuesday, October 9, 2012

Posted by ReenLysa at 9:46 PM 0 comments

Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,
Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/seribu-alasan-untuk-bergembira/#ixzz28oEsTeU8

Friday, October 5, 2012

impian tercapai?

Posted by ReenLysa at 9:56 PM 0 comments
assalamualaikum

its been a long long long time...

Alhamdulillah, rezeki Allah, akhirnya impian kami tercapai untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading(wahhh skema sgt)...yela, dulu kalau org tny,, stdy katna? "unikop" n org biasanya akn tny balik, "unikop? apa tu?ktna?"..well, unikop tu salah satu kolej bersekutu uitm..semua silibus n exam dtgnya dr uitm..n i am proud to be one of unikop student :") best sgt stdy dkt sana.. wlupun dulu masa kat sana byk complain itu ini, tp biasalah student kn :) hehee...

n now, alia dan sy telah berjaya masuk ke UITM..cuma yg sedihnya alia dkt sarawak sana, n diriku tercampak lg ke negeri orang,.shah alam..oh i really wish to stay at sabah for my degree..so that i will spend most of my time with my familiy and close friends there.Tp ini sudah di aturkan oleh Allah :) so kita kena gembira n terima dgn jiwa yg tenang..aminn...

sy dpt course ,Bachelor of Science (Hons) Chemistry dan minor in Business study, tp bila fikir balik rasa lucu la plak, dulu masa sekolah, punyalah failedd tiap masa subjek sains.xpernah nk lulus, dtg kelas tido tido...xpnh nk faham,,n mmg subjek ni la antara subjek  yg paling x disukai..n rasa mmg xdpt pun nk lepas masa spm aritu...dan masa diploma pun rasa diri ni yang paling "XPANDAI" dlm kelas dulu..rasa kerdil sgt...huhu...but thanks to Allah ..sbb sudah buat sy realize, xsemua bnda yg kita xboleh buat tu, akn selamanya xboleh, klu kita usaha, dn trus berusaha..insyaAllah , Allah pasti bntu kita..dan Allah dh susun jalan ni utk kita..ATURAN ALLAH ITU MEMANG INDAH...

dan skrg, kehidupan disini sgt beza dr unikop dulu..semua bnda kena buat sndiri...n hampir sebulan msuk sini, rasa mcm ilmu tu x melekat lg dkat diri ni..hanya rasa letih yg melekat tiap hari..lg lg subjek major..ya ampun ya ampunnn...MOHON dikuat kan lagi fizikal dn mental..2 n half yrs to go..insyaAllah...

fakulti saya sgt besar :)

one of my fav subject(maybe laa)hehe

view from 6th floor 


applied science informal shirt

menara SAAS



block A


:)






and to you dear Alia..all the best to you n i will always love and miss you friends..walau jauh tp dekat di hati

Sahabat itu seperti BINTANG, dia memang tak selalu terlihat, tapi Anda tahu dia selalu ada di sana. smile

chemistry

Posted by ReenLysa at 9:20 PM 0 comments
stink.chemical stink...

Friday, September 28, 2012

kawan

Posted by ReenLysa at 11:06 PM 0 comments
kau bukan kawan aku bila susah kau cari bila senang kau bersuka ria sendiri







Tuesday, August 28, 2012

no time... :(

Posted by ReenLysa at 7:09 PM 0 comments
no stories to share for da mean time....will be buzy preparing self for continuing study.. =)


erin, miss ya fren...

Sunday, July 29, 2012

melepaskan

Posted by ReenLysa at 11:39 AM 0 comments
syukurlah jika perubahan ini adalah kerana Allah :)


Monday, July 23, 2012

peristiwa SYRIA

Posted by ReenLysa at 1:18 PM 0 comments


PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

SILA LAYARI FB YANG DI TUBUHKAN KHAS UNTUK MENYEBARKAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI REVOLUSI YANG BERLAKU DI SYRIA..PANJATKAN DOA SELALU AGAR REGIM SYRIA YANG BERALIRAN SYIAH YANG MEMBUNUH RIBUAN RAKYAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI JATUHKAN SEKEJI-KEJINYA!! SEBARKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI AGAR RAKYAT MALAYSIA TURUT MENGETAHUI SITUASI SEBENAR DAN TERKINI YANG BERLAKU DI SYRIA.

Wednesday, July 11, 2012

pada saat kita berkata ;)

Posted by ReenLysa at 7:50 PM 0 comments

Adakah anda tahu sahabat anda sentiasa bersangka baik dengan anda? Tahukah anda pada saat anda mengata sahabat anda itu dan ini, sahabat anda pula memuji anda?
Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita seorang yang "tidak pembersih", sahabat kita mengatakan yang kita ini seorang yang rajin belajar, taat kepada perintah ibu bapa dan menjaga hubungan dengan Allah. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan perkara yang tak baik tentang kita. Tak pernah sekali dia membuka aib kita kepada orang lain.
Pada saat kita mengatakan 'mood' untuk belajar hilang sebab rakan kita pinjam buku kepunyaan kita, kita lupa yang sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu poket kita kosong tidak berduit dulu... Pada saat itu kita lupa jasa baik dia kepada kita.
Pada saat kita berkata di Facebook, "Hari ini aku sakit hati dengan sahabat aku kerana dia menyorokkan barang aku (kononnya) untuk suka-suka", sahabat kita pula memberitahu orang lain bahawa kita adalah orang yang sangat hebat, kuat pendirian agama dan mempunyai kepimpinan yang menyerlah.
Pada saat kita mengatakan yang kawan kita tak pernah bangun lebih awal daripada kita justeru dia selalu menyusahkan kita kerana kita terpaksa mengejutkan dia setiap pagi, kita lupa sahabat kita tak pernah beritahu orang lain yang kita pernah mengambil hak dia tanpa pengetahuannya. Kita pernah pinjam wang dia tapi lupa untuk memulangkannya semula. Sahabat kita tak pernah mengungkit hal itu.
Pada saat kita mengatakan sahabat kita tak pernah gosok baju sebelum ke kuliah, malas mandi dan kuat tidur, kita lupa yang sahabat kita pernah bekalkan ubat waktu kita demam teruk dulu dan bersengkang mata semalaman menjaga kita. 
Pada saat kita mengatakan yang rakan kita seorang yang pelik, suka berpura-pura dan busuk hati, rakan kita sedang sibuk menguruskan kenduri doa selamat untuk menyambut hari lahir kita. Rakan kita sanggup mengeluarkan wang belanjanya sendiri untuk memastikan hari istimewa kita itu berjalan dengan lancar supaya kita gembira.
...
Sahabat sekalian, ini peringatan untuk diri saya sendiri. Selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik, maka tentera syaitan cuba untuk mereka-reka punca pergaduhan dengan menggalakkan bersangka buruk. Perbanyakkanlah doa supaya dijauhkan daripada hasutan syaitan, insya-Allah...
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)
Dengan mengikut suruhan Allah untuk berbaik sangka, hidup kita akan lebih bahagia, insya-Allah. Percayalah kepada Allah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Apabila keliru dan mempunyai masalah dalam kehidupan, rujuklah panduan hidup yang telah diberikan oleh Allah kepada kita iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah :)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Sunday, July 1, 2012

:")

Posted by ReenLysa at 7:13 PM 0 comments



insyaAllah someday we will :")

Friday, June 29, 2012

:)

Posted by ReenLysa at 8:12 PM 0 comments

Sunday, June 24, 2012

change

Posted by ReenLysa at 1:56 PM 0 comments
change is never that easy, you fight to hold on and you fight to let go.

:")


Sunday, June 17, 2012

alia :)

Posted by ReenLysa at 2:34 PM 1 comments
assalamualaikum dear alia

want to know something...

i miss you so much and i miss all those moment that we share together for the previous chapter of our life...

bila lah agaknya kita dapat ketemu lagi sygg...

rindu dgn bilik kita yang lama,budak junior ada dah yg bru, banyak lagi tu, kini tiba masa tuk mreka cipta memori lak kat sana, hehe...

harap kamu sihat sahaja disana okay :)


jaga diri, jaga hati dan jaga iman.... 
love you sister :")

Saturday, June 16, 2012

ketidakselesaan diri

Posted by ReenLysa at 2:51 PM 0 comments



aku mengenal dengan baik siapa diriku
dulunya dia adalah setitis air yang hina
kelak akan menjadi sekujur bangkai membusuk
kini dia berada diantara keedua hal itu
hilir mudik ke sana ke mari membawa kotoran

kadang2 dlm hidup ini kita dpt thu sekiranya org yg berada di samping kita itu berasa selesa atau pun berasa gelisah dan terganggu bersama kita,,. Sama juga. tatkala kita berbicara bersama mereka,kadangkala kita terasa seperti gerak tubuhnya memberitahu bahawa dia tidak selesa di ajak berbual.

dan begitu juga sebaliknya, pernahkah kita merasa tidak selesa dgn kehadiran seseorang atau pun sesiapa sahaja disamping kita?

JAWABNYA tentu sahaja pernah!

dari mana datangnya semua perasaan ketidakselesaan itu?

adakah perkara itu berpunca dari kita sendiri atau pun orang itu?

secara umumnya, hanya ada dua jawapan, bisa aja dari diri kita atau dari mereka.

dan saya sendiri merasa yang pertama, iaitu dari sisi saya sendiri

hmmm kerap kali sy fikir bertanya2 apakah orang yg sy dekati itu benar ikhlas mahu melayan saya dan berasa selesa dgn kehadiran sy ataupun sebaliknya and yes sy benar2 merasa gangguan itu ada dlm diri saya. terasa zahir sifatnyaJ.

sebagai contoh,
1. hmm tak mandi lagi ni, rasa x selesa pula diri ni nak megajak orang berbual
2. ish busuknya baju aku, kenapalah time time aku bau busuk berpeluh ni jiran nak ajak tgk movie lak…

tapi bila dipandang dari sudut lainnya,boleh saja kita nak berbual dgn orang tu,peduli apa aku busuk,suka 
hati akulah,badan aku jugak, ada ku kesah….hahahahaa

nah that’s the point!

actually,ada yg lagi jauh lebih menghalangi kedekatan di bandingkan dgn ketidakselesaan zahir kita.
that’s ketidakselesaan batin terhadap diri kita sendiri, the inner side of us our heart…
apa maksudnya?

bila kita merasa belum mandi, berasa tidak bersih for sure kita merasa kotor, berbau n kerdil berhadapan dgn saudara kita sendiri. kita merasa telah terputus ikatan cinta dgn mereka akibat kemaksiatan yg telah kita lakukan. and I bet that’s truly right!

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah,kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya” (H.r. Al-Bukhari dan Ahmad)

tatkala Allah masih jentik hati kita untuk sedar akan dosa dosa kita, mengenali kemaksiatan kita sendiri, we are the one who should be responsible for the ketidakselesaan batin itu. tapi fikirlah jika dosa itu berlanjutan kita lakukan dan hati kita sedikit pun tidak tersentuh oleh Allah, bukankah ketidakselesaan itu akan terus berlanjutan dan meningkat. secara tidak langsung ketidakselesaan itu yg terbit dari diri kita juga akan kita salurkan kepada orang2 lain yg kita kasihi.

Bisa jadi, oleh kerana hati yang mati dek kemaksiatan itu, Allah telah menjadi murka kepada kita lalu Dia tanamkan rasa benci terhadap kita , di dalam hati2 hamba yang dicintaiNya. Na’udzu billaahi min dzalik L

justeru itu, bagi mengelakkan perkara begini berlanjutan, kita harus berasa selesa dgn diri kita sendiri barulah ion ion positif dapat kita salurkan kepada teman teman kita. dan resultnya positiflah perhubungan itu.

berbalik kepada zahir, memang juga merupakan faktor penting dalam memperbaiki penampilan kita agar kita wujudkan sikap percaya pada diri, selesa pada diri dan merasa selesa berdepan dgn teman yg lain.
lihat sahaja pada teladan kita, Nabi Muhammad S.A.W J

penampilannya selalu mempesona. pakaiannya kebanyakan berwarna putih bersih. rambutnya sentiasa di letak minyak. mulutnya harum. sela giginya bercahaya. matanya bercelak. wangiannya semebak kerana Nabi sangat suka akan wangi wangian. Beliau berjaya membawa ion positif sepanjang masa dan menyalurkan kepada orang di sekeliling. selesanya di samping Rasulullah J

teman teman bukan sahaja zahir yang harus diperelokkan , sudah jelas, zahir dan batin saling berhubung rapat namun yang paling mengungguli semua sudah tentulah BATIN kita J

ya jelas jelas dari dalamnya elok sudah tentu zahirnya mantap jugak. jiwa yang dahsyat wajah yang suci. Alhamdulillah J

memperbaiki hubungan dengan Allah secara terus terus tiada tangguh tangguh adalah kunci kepada batin yang cantik..Selebihnya, adalah kehendak Allah, kita memang bukan orang maksum yang suci dari dosa, sempurna mana pun kita anggap, pasti ada cela nya…J syukurlah jika Allah redha…

maka, berdamailah dgn kesalahan bukan bermaksud menganggapnya sebagai angin yang berlalu sepoi sepoi bahasa.hehehe….tetapi merasa kesalahan itu sbg salah satu tanggungjawab kita untuk kita sesali lalu memohon maaf dan bertaubat agar tidak terulang lagi kesalahan itu, (kerana saya pun selalu lalai dalam dosa dosa saya itu, MasyaAllah ) semangat erin semangat ! muhasabah diri ini.

to be continue…..:)


 sumber : dalam dekapan ukhuwah

 

Reenlysa lalaland...:) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review