Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…
Dia datangkan petir dan kilat…
Dia datangkan petir dan kilat…
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar…
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..
Pada suatu hari,seorang wanita berdoa kepada Allah agar dia diberikan bunga yang cantik dan rama-rama yang berwarna warni..
Namun Allah telah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Wanita ini berasa sedih,kenapakah apa yang dia inginkan tidak serupa dengan apa yang Allah berikan padanya..
Kemudian dia berfikir....Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk
diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya..
Selepas satu tempoh, wanita ini memikirkan semula pemohonan doanya
yang telah lama dilupakannya.
Pada suatu ketika,dia terperanjat apabila melihat dari
pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan
daripada ulat beluncas yang terselindung,
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !
Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah..kerana,tidak mungkin Allah akan memberikan kesenangan kepada kita dalam sekelip mata sahaja..sekiranya semua benda di lakukan dengan mudah..pasti tiada rasa syukur wujud dalam diri kita:)
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah!
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Cuma..kesabaran itu harus diletakkan pada tahap yang tertinggi..:)
Apa yang anda mohon,tak semestinya itu adalah sesuatu yang anda perlukan..
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...kerna Allah sentiasa bersama anda..
Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada NYA...amin..
0 comments:
Post a Comment